Tuesday 15 November 2011

Struktur Dewan

Terdapat beberapa komponen utama di dalam dewan persidangan;


a) Speaker
b) Timbalan Speaker
c) Setiausaha Dewan
d) Timbalan Setiausaha Dewan
e) Ahli Dewan
f) Pemerhati


Speaker:

1) Speaker Dewan dilantik daripada kalangan Ahli Dewan dengan melakukan kaedah pengundian secara sulit
2) Speaker Dewan Berfungsi utuk mempengerusikan Mesyuarat Dewan Perundingan Pelajar
3) Speaker Dewan juga berfungsi untuk memastikan mesyuarat berjalan dengan lancar.
4) Speaker Dewan mempunyai kuasa untuk menghentikan perbahasan usul, jika ada di antara ahli dewan yang melakukan perbuatan yang tidak sopan seperti mencarut, memaki hamun, dan lain-lain.

Timbalan Speaker
memangku segala kerja speaker sekiranya speaker dewan tiada

Setiausaha Dewan

1.   Setiausaha hendaklah menyediakan segala surat yang diperlukan oleh Dewan Mesyuarat dan melaksanakan segala arahan Tuan Speaker berhubungan dengan segala perkara berkaitan       dengan urusan Dewan Mesyuarat.

2.   Setiausaha hendaklah menyimpan nota atau minit perjalanan mesyuarat Dewan dan hendaklah menghantar satu salinan nota atau minit kepada ahli-ahli mesyuarat, pada hari esoknya selepas mesyuarat bersidang atau dengan seberapa  segeranya selepas itu.

3.   Sebuah buku rasmi mesyuarat mengandungi semua ucapan-ucapan yang dikeluarkan dalam Dewan Mesyuarat hendaklah disediakan oleh Setiausaha.


Ahli Dewan



PEMERHATI


  Pemerhati terdiri daripada semua pelajar berdaftar di UTM

 

    Pemerhati berperanan menyuarakan pandangan dan idea berasas pada penghujung sesi perbahasan setiap usul atas budi bicara speaker dewan.


3 comments:

  1. pemerhati je ke kami ni?
    tak best pun

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas pertanyaan. Saudara, berbeza pemerhati dan penonton persidangan.

    Pemerhati mempunyai peranan dalam membahaskan sesuatu perkara/cadangan/usul. Pemerhati dipilih dalam kalangan mahasiswa biasa yang tidak mewakili mana-mana parti, bagi mengelakkan unsur tidak adil berlaku. Permohonan untuk menjadi pemerhati boleh dibuat oleh sesiapa sahaja mahasiswa UTM yang berdaftar sama ada undergrad atau postgrad. Klik sini: http://parlimenmahasiswautm.blogspot.com/p/muat-turun.html

    Penonton pula tidak perlu mengisi apa-apa borang untuk melihat ahli dewan berbahas semasa persidangan sedang berjalan. Tiada keistimewaan sepertimana pemerhati.

    Saudara mesti pernah tengok persidangan parlimen negara kan? Hanya ahli parlimen sahaja yang boleh membahaskan usul. Kalau rakyat biasa diberi hak untuk berbahas sama dalam dewan parlimen, namanya bukan sidang parlimen lagi.. :)

    ReplyDelete
  3. Pemerhati boleh berapa banyak

    ReplyDelete