Hasrat kementerian adalah ingin melihat para pelajar kita dapat dibangunkan dengan jati diri yang tinggi dengan mempunyai nilai-nilai murni, bersikap positif, mampu memimpin dengan cara diplomasi agar mereka dapat menjadi pemimpin yang matang di masa hadapan.
- Menteri Pengajian Tinggi, Ahli Parlimen Pasir Gudang
Bukti Parlimen Mahasiswa USM tidak disekat oleh AUKU ialah ahli dewan bebas berhujah ketika dalam persidangan dan tiada yang didakwa atas kesalahan AUKU sehingga kini.
- Mantan Speaker Dewan Perundangan Pelajar USM, Mantan Presiden MPP USM
Muhammad Zaki Omar
Parlimen Mahasiswa menjadikan suara mahasiswa lebih relevan dan membolehkan pendapat mereka diterima dalam membantu menyelesaikan pelbagai isu kemasyarakatan, perundangan, sosiobudaya dan ekonomi serta kematangan politik negara.
- Mantan Presiden MPM UTM
Wan Ahmad Hazman
Parlimen Mahasiswa ini perlu wujud bukan sahaja diperingkat nasional malah juga di setiap IPT bagi membolehkan hak dan suara mahasiswa mendapat perhatian sewajarnya. Saya pasti ia akan memberi kesan yang positif kepada pelajar, kementerian dan negara.
- Presiden MPM UTM, Pengerusi Jemaah YDP MPP Malaysia Sidang 10/11
Inilah peluang mahasiswa untuk berbincang secara ilmiah dalam segenap aspek, dan pandangan mahasiswa amat perlu sebagai timbang tara kepada dasar-dasar yang dilakukan mana-mana kerajaan.
- Pengarah Sekretariat Parlimen Mahasiswa UTM, Naib Presiden Fakulti MPM UTM